15 Mac, 2009

Portal Baru PKG Ampangan

0 ulasan

Lanjutan dari kursus pembinaan laman web yang dijalankan di PKG Mambau yang lalu, pegawai PTP yang hadir telah didedahkan cara untuk membina blog pkg menggunakan Blogspot secara percuma. Namun terdapat beberapa kekurangan pada blogspot yang tidak dapat memenuhi kehendak semasa dalam menjalankan tugas dan pengumpulan maklumat.

Dalam pencarian untuk mendapatkan sumber membina portal yang mungkin dapat memenuhi ciri-ciri organisasi, terjumpalah satu website percuma yang mudah dikendalikan. Kapasiti ruang percuma yang diberi sebanyak 10 mb. Terdapat pelbagai kemudahan diberi... anda boleh mencuba sendiri.

URL: http://ampangan.publishpath.com/


Antara fungsi yang boleh dimuat dalam portal seperti berikut:

Untuk maklumat selanjutnya akan diterangkan dalam sesi bengkel Fasa 2 yang akan dimaklumkan kelak atau boleh berurusan terus dengan menghubungi saya.

03 Mac, 2009

Sistem Pelaporan Masalah STS

0 ulasan

Kepada semua sekolah PKG Ampangan, satu Taklimat berkaitan status ICT 2009 akan diadakan di Makmal ICT, SK Taman Tuanku Jaafar 2.

Taklimat ini akan dijalankan seperti berikut ;

Kumpulan 1

  1. Pada : 4hb Mac 2009 (Rabu)
  2. Masa : 2.00 petang - 5.00 petang (anggaran sahaja)

Kumpulan 2

  1. Pada : 5hb Mac 2009 (Khamis)
  2. Masa : 2.00 petang - 5.00 petang (anggaran sahaja)

Taklimat dan bengkel ini akan menjelaskan segala-galanya masalah yang kita hadapai serta tindakan yang boleh dilakukan pada tahun 2009.

Pada tahun nie (2009) pihak KPM telah mengalihkan sumber pembaikan peralatan ICT daripada JPNS kepada pihak BTP selaras dengan peranan BTP yang terkini iaitu memantapkan kegunaan ICT di sekolah. Hanya perlatan ICT sahaja akan dibaiki (bangunan, pendawaian elektrik, selenggara bangunan dan peralatan perabot berkaitan Makmal Komputer masih di bawah Jabatan dan PPD unit Pembangunan) BTP-PKG hanya akan melayan kerosakan peralatan ICT sahaja.

Untuk peralatan sumbangan sila daftarkan harta modal (KEW 312) dan mendapat kelulusan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dimasukan dalam skim ini. (Tiada bukti dan kelulusan KSU borang KEW 312 adalah tidak sah untuk penyelengaraan ICT ini)

 

PKG AMPANGAN Copyright © 2009 Black Brown Art Template by PKG Ampangan Template